Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Kapal terbang terhempas di Kudat



KUDAT: Sekurang-kurangnya dua penumpang parah apabila sebuah pesawat Twin Otters terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San dekat sini, jam 3.30 petang tadi.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, kesemua 16 mangsa berjaya dikeluarkan daripada pesawat.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

 Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu - bharian.com.my

Jumlah orang yang memohon ke Marikh

Jumlah kesemua orang yang bersedia untuk pergi ke planet Marikh.

Mars-One adalah satu program rancangan NASA, mencari sukarela untuk pergi ke Planet Marikh dengan syarat hanya sekali perjalanan ke Marikh dan tidak akan kembali ke bumi. Mereka yang bernasib baik akan pergi ke Planet Marikh pada tarikh 2023.
21 Negara tertinggi terdaftar: 
United States of America 47,654
India 20,747
China  13,176
Brazil 10,289
Great Britain  8497
Canada 8241
Russia 8197
Mexico 7464
Philippines 4365
Spain 3722
Colombia 3476
Argentina 3474
Australia 2926
France 2538
Turkey 2510
Chile 2475
Ukraine 2340
Peru 2293
Germany 2225
Italy 2070
Poland 1942
[sumber]

Video: batu besar hampir menghempap kereta.

Orang yang paling bertuah di Taiwan

 Batu besar hampir menghempap kereta
Batu besar jatuh dari tepi gunung selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh, batu tersebut hampir menghempap kereta tersebut. Bagaimana pun kereta mangsa hanya rosak dihadapan dan tiada kecederaan.



Seorang wanita terperangkap dicela dinding selama 7 jam disangkakan Hantu

Penduduk di sebuah bangunan di China mendengar seperti hantu meraung dan membiarkannya.

Penduduk sekitar tidak tahu bahawa ia bukannya hantu tetapi ianya seorang wanita  cuba untuk mengambil jalan pintas ke rumah tetapi dia terperangkap dicela dinding selama 7 jam.

Pasukan penyelamat kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan wanita tersebut.

Rakaman video yang menunjukkan anggota bomba berusaha untuk menyelamatkan wanita tersebut

PM Najib Tiru slogan "Endless Possibilities" Israel.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar secara sinis melahirkan "rasa kagum" dengan keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan slogan "Endless Possibilities".

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ini kerana slogan tersebut adalah meniru slogan yang digunakan kerajaan haram Israel.

"Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri yang begitu luar biasa keberaniannya meniru dan menciplak slogan dan falsafah yang dipelopori oleh entiti haram Zionis Israel.

"Tidak ada mana-mana Perdana Menteri negara kita sebelum ini yang mempunyai keberanian yang begitu unggul seperti Najib untuk memperlihatkan betapa terpaut dan terikatnya hati kepada Israel," katanya sinis.

Tambah Mahfuz lagi, tidak ada mana-mana pemimpin negara umat Islam yang lain yang seberani Najib meniru dan menghayati slogan dan falsafah Israel.

"Falsafah 1Malaysia dia tiru dari One Israel setelah Dewan Rakyat diberitahu jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk khidmat  firma Israel, Apco Worldwide.
"Sekarang 'Endless Possibilities' pula dia tiru.

"Berapa juta ringgit pula wang rakyat beliau habiskan untuk mendapatkan slogan tiru itu, kita tidak tahu," katanya.

Malay Mail semalam melaporkan, laman web rasmi Kementerian Pelancongan Israel mempunyai pautan (link) kepada "Conference and Incentive Tourism" di bawah tajuk "Our Websites".

Pautan itu membawa kepada laman web yang memaparkan dengan begitu menonjol tagline "Israel: One Place. Endless Possibilities" di sudut kiri bahagian atas.

Tagline yang sama juga menjadi tajuk kenyataan akhbar Kementerian Pelancongan Israel pada 22 April 2013 di dalam laman web IMEX 2014, iaitu ekspo pelancongan dunia yang akan diadakan di Frankfurt, German tahun hadapan.

Sumber - LINK

Category

Other post

Recent Posts